• JOM SEMARAKKAN GEGAR 3.0 EDISI 2011

    sumbangan anda amat dialu-alukan untuk menjayakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 EDISI 2011 bagi membantu golongan fakir miskin mahupun anak-anak yatim di sekitar daerah kudat. "BERSEDEKAH MEMBAWA BERKAT".

  • GEGAR 3.0 BAKAL DILANCARKAN...NANTIKAN!!

    Dapatkan edisi risalah PBMDK kali pertama sesi 2011 pada hari SELASA di TAMU KUDAT.

  • JOM MASUK KAMPUNG BAKAL DILAKSANAKAN

    Misi ini bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin di sekitar daerah KUDAT.Misi ini memerlukan sumbangan daripada budi bicara anda agar ia berjaya dilaksanakan.

  • AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG DARI KAMI, PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT.

  • JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG

    RAMADHAN DIINSAFI, MERDEKA DIHAYATI.

Thursday, June 11, 2009

LDK 3: “Si Gemuk dan Si Kurus”


Objektif:

1. Membantu kefahaman tentang kenapa perlunya kesungguhan untuk buat kebaikan

Modus:

  1. Penyampaian dalam bentuk kuliah

  1. Peserta duduk dalam kumpulan dan galakkan partispasi mereka.

  1. Konsep ini diadaptasi dari kisah dalam komik kanak-kanak Muslim ttg usaha syaitan yang bersungguh untuk menggoda kanak-kanak Muslim supaya tidak taat kepada Allah. Sampaikan pengisian yang boleh membawa kefahaman bahawa wujudnya syaitan yang berusaha menghasut kita lambat solat, malas solat bila ibu dan ayah tiada di rumah, atau bila diuji dengan sakit sikit.

  1. Kaitkan dengan situasi adik-adik, memang jika kita nak buat kebaikan perlu kesungguhan. Apa yang melemahkan adalah cabaran dan godaan daripada syaitan.

Tentu adik-adik tidak mahu syaitan yang menghasut adik-adik itu terus-terusan “gemuk” lantaran adik-adik menuruti hasutannya. Biarkan syaitan itu “kurus” kerana barulah kita yang berjaya mengawal dan mendisiplinkan diri kita.

1 comments:

Kem Kandai said...

Bagus sangat aktiviti yang dijalankan. Cikgu rasa terhibur membaca. Lapang lapang kunjung blog cikgu ye.....kemkandai.

Post a Comment