Objektif:
- Membantu kesedaran berhubung kepentingan solat
- Memperincikan berhubung solat sebagai sesuatu yang mudah
- Berkongsi pengalaman berhubung pentingnya menunaikan solat
- Duduk dalam kumpulan masing-masing dengan kehadiran fasi sebagai pemudahcara.
- Mulakan sesi perbicangan dengan sedikit introduksi fasilitator (memandangkan ia LDK yang pertama). Ingat nama setiap ahli kumpulan.
- Berdasarkan pengalaman, peserta seusia ini lazimnya boleh melibatkan diri secara aktif. Namun, jika ada yang masih belum ‘break’ the ice, just proceed dengan mana-mana kaedah suai kenal yang difikirkan sesuai.
- Idea modul ini diadaptasi menerusi konsep “aqiimu as solah”. Maksudnya, solat sebagai satu kewajipan. KEWAJIPAN bermakna tiada PILIHAN, namun TIADA PILIHAN bukan bermakna TIADA yang MEMUDAHKAN (rukshoh).
- Solat itu mudah adik-adik.. tetapi kenapa ramai yang malas solat? Jawapannya bermula dari hati… jika kita angap solat tu susah… dan tidak dapat apa-apa, memang ramai yang tak mahu solat, kan? Bayangkan jika solat dapat duit macam duit raya.. agak-agaknya penuh masjid setiap kali solat Zuhur dan ‘Asar.
- Kenapa kita katakan yang solat itu mudah? Sebab… solat itu praktikal.. kita ada kaedah solat sewaktu kita bermusafir… ada kaedah sewaktu kita sakit bahkan ada kaedah bila kita di dalam peperangan.
1 comments:
click this link here now wigs online,wigs online,human hair wigs,hair pieces for women,wigs for women,cheap wigs human hair,cheap wigs,human hair toppers,wigs browse around this website
Post a Comment