• JOM SEMARAKKAN GEGAR 3.0 EDISI 2011

    sumbangan anda amat dialu-alukan untuk menjayakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 EDISI 2011 bagi membantu golongan fakir miskin mahupun anak-anak yatim di sekitar daerah kudat. "BERSEDEKAH MEMBAWA BERKAT".

  • GEGAR 3.0 BAKAL DILANCARKAN...NANTIKAN!!

    Dapatkan edisi risalah PBMDK kali pertama sesi 2011 pada hari SELASA di TAMU KUDAT.

  • JOM MASUK KAMPUNG BAKAL DILAKSANAKAN

    Misi ini bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin di sekitar daerah KUDAT.Misi ini memerlukan sumbangan daripada budi bicara anda agar ia berjaya dilaksanakan.

  • AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG DARI KAMI, PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT.

  • JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG

    RAMADHAN DIINSAFI, MERDEKA DIHAYATI.

Thursday, June 11, 2009

0

LDK 1.3: Resolusi


1. Jenis Aktiviti

: Perbincangan

2. Masa

: 1 jam

3. Objektif

:

a. Membuat kesimpulan keseluruhan pengisian program.

b. Melihat kemampuan peserta memimpin organisasi masing-masing

c. Mewujudkan kerjasama diantara organisasi-organisasi sekolah

4. Menual Operasi

:

a. Semua peserta diminta menyiapkan tugasan minggu Suai Kenal Pelajar Baru 2006.

b. Peserta diminta menyiapkan kertas kerja dan tantatif keseluruhan program tersebut.

5. Alatan

:

a. Bahan Power Point

b. LCD

c. Komputer

d. Kertas A4

6. Handout

:

a. Soalan tugasan contoh program minggu suai kenal.

7. Ulasan

:

a. Melihat kemampuan pemimpin sekolah.

b. Melihat keberkesanan program.

0

LDK 1.2: Bina Negara


1. Jenis Aktiviti

: Perbincangan dan Perbentangan

2. Masa

: 1 jam

3. Objektif

:

a. Mewujudkan interaksi antara ahli kumpulan.

b. Memberi kemahiran untuk menyelesaikan masalah/membuat keputusan.

c. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.


4. Menual Operasi

:

a. Mencipta nama kumpulan.

- nama kumpulan mestilah dipilih mengikut nama tokoh-tokoh Islam

- Peserta perlu mengetahui ciri-ciri kepimpinan yang ada pada tokoh tersebut.

b. Menukis logo kumpulan.

c. Menulis etika kumpulan.

d. Menulis moto kumpulan.

e. Mencipta lagu kumpulan.

f. Melukis bendera kumpulan.

5. Alatan

:

a. Kertas mahjung.

b. Pen marker ( Pelbagai warna ).

c. Kain putih (bendera).

d. Kayu penyapu ( tiang bendera ).

e. Kertas A4.


6. Handout

:

a. Arahan kepada peserta.

b. Buku rujukan sejarah Islam.

7. Ulasan

:

a. Melihat idea peserta sebagai seorang pemimpin.

b. Memberi ruang pemikiran kepada para peserta untuk membina imej diri dan kumpulan.

0

LDK 1.1: Takaruf Berantai


1. Jenis Aktiviti

: Perbicangan

2. Masa

: 1 jam

3. Objektif

:

a. Saling kenal mengenal antara peserta dan fasilitator.

b. Menjalinkan ikatan ukhuwah di kalangan peserta.

. Menual Operasi

:

a. Peserta dikumpulakan dalam satu bulatan mengelilingi fasilitator.

b. Teknik Taaruf Self Intro :

- Peserta memperkenalkan diri kepada kumpulan secara bergilir-gilir.

- Ahli kumpulan diberi peluang untuk mengemukakan soalan.

- Fasilitator boleh bertanya rakan yang lain untuk melihat sama ada mereka perihatin atau tidak.

c. Teknik Taaruf Berantai

- Peserta pertama akan memperkenalkan dirinya, peserta kedua akan memperkenalkan dirinya serta memperkenalkan peserta pertama semula.

- Seterusnya diikuti dengan peserta yang ketiga memperkenalkan dirinya serta memperkenalkan peserta pertama dan kedua.

d. Anatara maklumat yang perlu diberikan semasa sesi taaruf ialah :

- Nama, asal, latar belakang keluarga, cita-cita, hobi, pengalaman yang menarik dan latarbelakang pendidikan

5. Alatan

:

a. Kertas A4

b. Pensel / pen

6. Handout

:

a. Borang biodata peserta.

b. Borang kaji selidik.

7. Ulasan

:

a. Melihat potensi diri peserta di peringkat awal sebagai seorang pimpinan.

b. Melahirkan pemimpin yang

1

LDK 3: “Si Gemuk dan Si Kurus”


Objektif:

1. Membantu kefahaman tentang kenapa perlunya kesungguhan untuk buat kebaikan

Modus:

  1. Penyampaian dalam bentuk kuliah

  1. Peserta duduk dalam kumpulan dan galakkan partispasi mereka.

  1. Konsep ini diadaptasi dari kisah dalam komik kanak-kanak Muslim ttg usaha syaitan yang bersungguh untuk menggoda kanak-kanak Muslim supaya tidak taat kepada Allah. Sampaikan pengisian yang boleh membawa kefahaman bahawa wujudnya syaitan yang berusaha menghasut kita lambat solat, malas solat bila ibu dan ayah tiada di rumah, atau bila diuji dengan sakit sikit.

  1. Kaitkan dengan situasi adik-adik, memang jika kita nak buat kebaikan perlu kesungguhan. Apa yang melemahkan adalah cabaran dan godaan daripada syaitan.

Tentu adik-adik tidak mahu syaitan yang menghasut adik-adik itu terus-terusan “gemuk” lantaran adik-adik menuruti hasutannya. Biarkan syaitan itu “kurus” kerana barulah kita yang berjaya mengawal dan mendisiplinkan diri kita.
0

LDK 2: Ceritalah Lagi 1


Objektif:

  1. Membantu kesedaran berhubung kepentingan solat

Konsep:

  1. Memperincikan berhubung solat sebagai sesuatu yang mudah
  2. Berkongsi pengalaman berhubung pentingnya menunaikan solat

Modus:

  1. Duduk dalam kumpulan masing-masing dengan kehadiran fasi sebagai pemudahcara.
  2. Mulakan sesi perbicangan dengan sedikit introduksi fasilitator (memandangkan ia LDK yang pertama). Ingat nama setiap ahli kumpulan.
  3. Berdasarkan pengalaman, peserta seusia ini lazimnya boleh melibatkan diri secara aktif. Namun, jika ada yang masih belum ‘break’ the ice, just proceed dengan mana-mana kaedah suai kenal yang difikirkan sesuai.
  4. Idea modul ini diadaptasi menerusi konsep “aqiimu as solah”. Maksudnya, solat sebagai satu kewajipan. KEWAJIPAN bermakna tiada PILIHAN, namun TIADA PILIHAN bukan bermakna TIADA yang MEMUDAHKAN (rukshoh).
  5. Solat itu mudah adik-adik.. tetapi kenapa ramai yang malas solat? Jawapannya bermula dari hati… jika kita angap solat tu susah… dan tidak dapat apa-apa, memang ramai yang tak mahu solat, kan? Bayangkan jika solat dapat duit macam duit raya.. agak-agaknya penuh masjid setiap kali solat Zuhur dan ‘Asar.
  6. Kenapa kita katakan yang solat itu mudah? Sebab… solat itu praktikal.. kita ada kaedah solat sewaktu kita bermusafir… ada kaedah sewaktu kita sakit bahkan ada kaedah bila kita di dalam peperangan.
Betul ke jika nak solat kita mesti ada telekong dan sejadah cantik? Atau kita pastikan kebersihan dan kesucian dan tatacara menutup aurat? Kupas slot ini sehingga pemahaman mereka ttg KEPENTINGAN solat melalui sesi Smart Solat dapat diperincikan dengan pemahaman yang WAJIB itu juga MUDAH dan PRAKTIKAL.
0

LDK 1: Smart Solat


Objektif:

  1. Menanamkan kesedaran berhubung kepentingan solat sebagai satu kewajipan.


Modus:

  1. Peserta duduk di dalam kumpulan.
  2. Pengisian disampaikan melalui ceramah interaktif.
  3. Points penting di dalam slot ini ialah menekankan pemahaman yang manusia memerlukan solat sebagai one of the way to communicate to Allah. Kita boleh kaitkan dengan analogi kapal terbang dan pusat kawalan.
  4. Kita juga boleh menggunakan perumpamaan tentang konsep solat sebagai tanda kita bersyukur pada Allah, kita yang memerlukan solat, bahkan Allah tidak sekali-kali berhajat terhadap kita.
  5. Kita juga sewajarnya memahamkan kepentingan solat yang bukan merupakan perintah ustaz, ustazah, ibu atau ayah tetapi ia merupakan perintah Allah terhadap kita.
  6. Wajib bagi kita untuk menunaikan solat. Kaitkan dengan konsep haq dan tangungjawab, katakanlah jika haq kita terhadap ibu bapa kita adalah ibu bapa kita mesti menyediakan keperluan asas untuk kita hidup, maka haq ibu bapa terhadap kita pula adalah untuk kita mentaati mereka. Bayangkan jika semua orang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, tentu ada pihak yang akan terabai haqnya. Jika sesama manusia ada haq dan tanggungjawab… dengan Allah bagaimana pula?
Bind sesi ini dengan menekankan bahawa solat merupakan amalan yang melengkapkan amal kebaikan lainnya yang adik-adik lakukan…. Bahkan ia amalan yang paling utama, ingatlah adik-adik… tanpa solat amalan yang lain tidak akan sempurna.

Saturday, June 6, 2009

0

Latihan Dalam Kumpulan