• JOM SEMARAKKAN GEGAR 3.0 EDISI 2011

    sumbangan anda amat dialu-alukan untuk menjayakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 EDISI 2011 bagi membantu golongan fakir miskin mahupun anak-anak yatim di sekitar daerah kudat. "BERSEDEKAH MEMBAWA BERKAT".

  • GEGAR 3.0 BAKAL DILANCARKAN...NANTIKAN!!

    Dapatkan edisi risalah PBMDK kali pertama sesi 2011 pada hari SELASA di TAMU KUDAT.

  • JOM MASUK KAMPUNG BAKAL DILAKSANAKAN

    Misi ini bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin di sekitar daerah KUDAT.Misi ini memerlukan sumbangan daripada budi bicara anda agar ia berjaya dilaksanakan.

  • AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG DARI KAMI, PERSATUAN BELIA MUSLIM DAERAH KUDAT.

  • JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG

    RAMADHAN DIINSAFI, MERDEKA DIHAYATI.

Thursday, June 11, 2009

LDK 1: Smart Solat


Objektif:

  1. Menanamkan kesedaran berhubung kepentingan solat sebagai satu kewajipan.


Modus:

  1. Peserta duduk di dalam kumpulan.
  2. Pengisian disampaikan melalui ceramah interaktif.
  3. Points penting di dalam slot ini ialah menekankan pemahaman yang manusia memerlukan solat sebagai one of the way to communicate to Allah. Kita boleh kaitkan dengan analogi kapal terbang dan pusat kawalan.
  4. Kita juga boleh menggunakan perumpamaan tentang konsep solat sebagai tanda kita bersyukur pada Allah, kita yang memerlukan solat, bahkan Allah tidak sekali-kali berhajat terhadap kita.
  5. Kita juga sewajarnya memahamkan kepentingan solat yang bukan merupakan perintah ustaz, ustazah, ibu atau ayah tetapi ia merupakan perintah Allah terhadap kita.
  6. Wajib bagi kita untuk menunaikan solat. Kaitkan dengan konsep haq dan tangungjawab, katakanlah jika haq kita terhadap ibu bapa kita adalah ibu bapa kita mesti menyediakan keperluan asas untuk kita hidup, maka haq ibu bapa terhadap kita pula adalah untuk kita mentaati mereka. Bayangkan jika semua orang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, tentu ada pihak yang akan terabai haqnya. Jika sesama manusia ada haq dan tanggungjawab… dengan Allah bagaimana pula?
Bind sesi ini dengan menekankan bahawa solat merupakan amalan yang melengkapkan amal kebaikan lainnya yang adik-adik lakukan…. Bahkan ia amalan yang paling utama, ingatlah adik-adik… tanpa solat amalan yang lain tidak akan sempurna.

0 comments:

Post a Comment